Blog Informasi Kerjaya JobsMalaysia Negeri Sembilan

Wednesday 3 January 2018

Permohonan Jawatan Assistant Mechanic, Assistant Tyreman dan Penyelia Workshop di SWM Environment

Syarikat:
SWM Environment Sdn. Bhd.
No. 364-365, Jalan Haruan 7, Oakland Industrial Park, Seremban 2, 70300 Seremban,
Negeri Sembilan

Untuk memohon, klik pada link ini

Tarikh Tutup : 8hb Januari 2018 (Isnin)



Jawatan:

1. ASSISTANT MECHANIC (Seremban)
* SPM / Sijil Kemahiran
* Mempunyai 1 tahun pengalaman yang berkaitan.

SKOP KERJA
* Membantu mekanik memeriksa kenderaan syarikat dan peralatan kerja yang dibawa masuk ke Bengkel dan menjalankan kerja-kerja membaikpulih dan penyelenggaraan.
* Membantu mekanik memastikan semua kerja-kerja membaikpulih dan penyelenggaraan dibuat dengan sempurna dan menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan bengkel.
* Membantu mekanik memastikan barang yang dipesan berada dalam keadaan baik dan betul mengikut pesanan yang dibuat.
* Membantu mekanik memeriksa semula kenderaan dan peralatan kerja yang telah dibaikpulih dan diselenggara.
* Memastikan tahap kebersihan dan keselamatan di Bengkel sentiasa terjamin pada setiap masa mengikut peraturan oleh pihak pengurusan.
* Melapor segala masalah yang berkaitan dengan tugas harian kepada Ketua Mekanik / pihak pengurusan bengkel
* Sentiasa menggunakan peralatan yang dibekalkan dengan cara yang betul dan selamat
* Memastikan peralatan kerja yang dibekalkan dijaga dengan baik dan rapi serta melaporkan kepada pihak pengurusan jika berlaku kerosakan atau kehilangan peralatan kerja.
* Melaksanakan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh Ketua Mekanik / Penyelia/pihak pengurusan dari masa ke semasa.

2. ASSISTANT TYREMAN (Kuala Pilah)
* Minimum SPM
* Mempunyai 1 tahun pengalaman yang berkaitan

SKOP KERJA
* Membantu untuk melaksanakan kerja-kerja Tyreman didalam penukaran tayar rosak dan pembaikan keatas lori-lori yang mengalami breakdown tayar disekitar kawasan servis SWM.
* Membantu tyreman untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan tayar di dalam bengkel dan luar bengkel (breakdown).
* Membantu tyreman untuk memastikan semua tayar-tayar kenderaan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.
* Membantu tyreman untuk memeriksa ketebalan bunga tayar pada setiap kenderaan mengikut jadual pemeriksaan.
* Membantu tyreman untuk memeriksa tekanan angin tayar dari masa kesemasa untuk memastikan pemandu megawasi keadaan tayar.
* Membantu untuk melakukan pemeriksaan sebaik sahaja tayar ditukar.
* Memastikan tahap kebersihan dan keselamatan tempat kerja sentiasa terjamin pada setiap masa.
* Melapor segala masalah yang berkaitan dengan tugas harian kepada Tyreman, Ketua Mekanik dan Fleet Supervisor.
* Melaksanakan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh Ketua Mekanik /Tyreman / Pegawai Atasan dari masa ke semasa.

3) PENYELIA WORKSHOP (Kuala Pilah & Seremban)
* Diploma / Ijazah dalam bidang yang berkaitan
* Pengalaman 2 tahun dalam bidang yang berkaitan.

SKOP KERJA
* Memberi arahan kepada Chief Mekanik,  Senior Mekanik, Mekanik, Pembantu Mekanik dan Apprentice semasa menjalankan kerja harian.
* Membuat perancangan kerja untuk Chief Mekanik, Senior Mekanik, Mekanik, Pembantu Mekanik dan Apprentice dalam menyelesaikan tugas pembaikan.
* Melakukan pemeriksaan kadar kerosakan yang dilaporkan oleh Chief Mekanik, Senior Mekanik, dan mekanik untuk perancangan kerja.
* Merancang pengagihan kerja harian kepada mekanik,pembantu mekanik dan perantis mekanik di bawah seliaan.
* Memberi dan memantau jangka masa mula kerja dan masa siap kerja-kerja pembaikan kerosakan kenderaan yang dibaiki.
* Sentiasa memeriksa kadar keperluan alat ganti yang diperlukan untuk kerja pembaikan kenderaan.
* Bertanggungjawab untuk sentiasa memberi maklum balas di atas tahap pencapaian kerja harian kepada Eksekutif Bengkel.
* Bertanggungjawab di atas perancangan kerja-kerja lebih masa harian pekerja bawah seliaan.
* Bertanggungjawab untuk mendapat kelulusan kebenaran untuk kerja-kerja lebih masa harian daripada Eksekutif Bengkel.
* Bertanggungjawab untuk memantau dan maklum balas tahap kehadiran harian mekanik kepada Eksekutif Bengkel untuk perancangan kerja.
* Bertanggungjawab untuk memaklumkan segala pembaikan yang telah siap sepenuhnya kepada Eksekutif Bengkel.
* Memastikan segala pengisian borang untuk pemantauan kerja harian yang dikehendaki oleh pihak pengurusan dilaksanakan dengan baik.
* Memastikan tahap kebersihan dan keselamatan tempat kerja sentiasa terjamin pada setiap masa.
* Membantu bahagian bengkel dalam kerja-kerja pembaikan kenderaan dan lain-lain peralatan kepunyaan syarikat.
* Melakukan pemeriksaan dan ujian  ke atas kenderaan yang telah diperbaiki oleh mekanik.
* Membantu mekanik menyelesaikan masalah kerosakan kenderaan yang rumit dan sukar diperbaiki.
* Memastikan tahap kebersihan dan keselamatan di Bengkel sentiasa terjamin pada setiap masa mengikut peraturan oleh pihak pengurusan.
* Melapor segala masalah yang berkaitan dengan tugas harian kepada Eksekutif Bengkel / pihak pengurusan bengkel.
* Melaporkan dengan kadar segera kepada pihak pengurusan bengkel / pihak sumber manusia sekiranya berlaku kemalangan semasa bekerja / diluar waktu kerja.
* Merakam kad perakam waktu dan tidak dibenarkan untuk merakam kad perakam waktu orang lain atau mengarahkan orang lain merakam kad perakam waktu.
* Memastikan pekerja di bawah seliaan mengikuti peraturan syarikat dan polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan syarikat.