Blog Informasi Kerjaya JobsMalaysia Negeri Sembilan

Wednesday 5 April 2017

Temuduga Terbuka Jawatan ''Part Time'' di Malaysia Airports Niaga, KLIA & KLIA 2

Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd mempelawa rakyat Malaysia yang berminat dan mempunyai kelayakan yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan seperti dibawah di KLIA dan klia2

Tarikh  
11hb April 2017 (Selasa)

Masa  
10.00 pagi - 4.00 ptg

Tempat 
Pejabat JobsMalalysia Negeri Sembilan, Aras bawah, Wisma Perkeso Seremban, Jalan Sungai Ujong, 70000 Seremban


Temuduga Terbuka Malaysia Airport Niaga di JobsMalaysia Negeri Sembilan


Jawatan : Krew Sambilan (Part time) F&B
Syarat :
* Lelaki dan Wanita yang berumur antara 18 – 30 tahun
* Minimum SPM, Lulus Bahasa Malaysia & Lulus Bahasa Inggeris
* Boleh bertutur & menulis dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris, berkebolehan bertutur dalam satu Bahasa lain adalah satu kelebihan
* Pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan
* Boleh bekerja shif
* Kekosongan jawatan di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA & klia2
Faedah :
* Membina kerjaya
* Latihan, Pembelajaran & Perkembangan Diri
* Sumbangan KWSP Syarikat 13%
* Caruman PERKESO
* Faedah perubatan
* Jadual kerja secara shif
* Cuti Tahunan, Cuti Sakit & Cuti Bersalin
Sila bawa bersama semua perkara-perkara berikut semasa menghadiri temuduga:
1) Kad pengenalan (dokumen asal & salinan fotostat depan & belakang atas kertas A4)
2) Sijil-sijil persekolahan (dokumen asal & Salinan fotostat)
3) 2 keping gambar warna terbaru berukuran paspot (yang ditulis nama di belakangnya)
4) Resume terbaharu