Blog Informasi Kerjaya JobsMalaysia Negeri Sembilan

Sunday 21 January 2018

Kekosongan Jawatan di EcoOils Negeri Sembilan Sdn. Bhd. Januari 2018

Kekosongan Jawatan..!!

Syarikat :
EcoOils (Negeri Sembilan) Sdn Bhd
PT No. 24374, Jalan Nilam 3, Nilai Utama, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-7992120 samb. 10 / 20




Pihak kami ingin mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di EcoOils (Negeri Sembilan) Sdn Bhd seperti di bawah;

1. Pembantu Stor (Lelaki) – 1 kekosongan

Kelayakan
a) Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pengurusan Stor.
b) Mempunyai pengalaman kerja selama 1-2 tahun di dalam pengurusan stor.

2. Juruteknik Instrumen (Lelaki) – 1 kekosongan

Kelayakan
a) Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia / Diploma di dalam bidang Kejuruteraan Instrumen.
b) Mempunyai pengalaman kerja selama 1-2 tahun sebagai juruteknik.
c) Berkemahiran dalam kerja-kerja servis dan penyelenggaraan perkakasan instrumen.
d) Boleh bekerja “on-call”.

3. Pembantu Kejuruteraan Mekanikal (Fitter) (Lelaki) – 2 kekosongan

Kelayakan
a) Mempunyai Sijil / Sijil Kemahiran Malaysia di dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.
b) Mempunyai pengalaman kerja selama 1-2 tahun di dalam kejuruteraan mekanikal.
c) Berkemahiran dalam kerja-kerja servis ,penyelenggaraan dan fabrikasi.
d) Boleh bekerja “on-call”.

4. Juruteknik Lab (Lelaki) – 1 kekosongan

Kelayakan
a) Mempunyai diploma di dalam bidang Kimia / Kimia Industri.
b) Mempunyai pengalaman kerja selama 1-2 tahun di dalam teknologi minyak kelapa sawit.
c) Berkemahiran dalam pengendalian perkakasan lab.

Kepada yang berminat sila hantar resume berserta butir-butir peribadi,  salinan sijil, sijil berhenti sekolah serta kad pengenalan ke alamat di bawah.

Jabatan Sumber Manusia
EcoOils (Negeri Sembilan) Sdn Bhd, PT No. 24374, Jalan Nilam 3, Nilai Utama, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Atau hubungi  Jabatan Sumber Manusia di talian 06-7992120 sambungan 10 / 20.